Kenali Calon2 Parti Sosilais Malaysia PSM (Edisi 7)

Khairul Nizam Bin Abd Ghani, DUN Kota Lama

  • Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, dan juga Pengerusi PSM Kelantan.
  • Dilahirkan dengan pelbagai bakat. Pernah jadi wakil dalam Mini Parlimen Malaysia ketika berusia hanya 10 tahun.
  • Sentiasa lantang bersuara menyoal mereka yang berkuasa.
  • Pernah mengasaskan gerakan PAS Reform, satu usaha pembaharuan untuk parti islamik tersebut seawal sebelum penubuhan Parti Amanah oleh pemimpin daripada serpihan PAS.
  • Bergiat aktif dalam ROYALTI, gerakan menuntut royalti minyak petroleum untuk Kelantan.

Kebanyakan rakyat Kelantan yang mempunyai masalah dan apabila menghubungi beliau, beliau dan team akan sedaya upaya membantu sehingga masalah tersebut selesai. Antara rekod kerja beliau yang paling cemerlang adalah seperti berjaya membantu seorang kanak-kanak mendapatkan sijil kelahiran dan dapat bersekolah (salor), mengurus aduan seorang pembeli rumah KPRK yang ditipu sehingga duit berjaya dapat balik (Kota Lama), mendesak MPKB mengadakan dialog dengan penduduk Jalan Kebun Sultan berhubung isu ura-ura penutupan jalan bagi memberi laluan kepada pasar malam (Kota Lama), membantu seorang asnaf susah berpindah rumah (Kota Lama), menyelesaikan masalah sekumpulan pekerja yang dianiaya majikan (Kota Lama), membantu mangsa banjir 2014 (seluruh Kelantan), mengasaskan projek khidmat Kereta Percuma Ke Hospital untuk orang susah (Kota Bharu Pasir Mas) dan banyak lagi rekod-rekod kerja beliau yang berjaya.

Didalam manifesto beliau sekiranya menang dalam pru nanti yang dilancarkan baru-baru ini, banyak program yang akan dilaksanakan menyasarkan terus kepada golongan miskin seperti pelaksanaan Tuisyen Rakyat dan Menjalankan Kelas Kemahiran untuk remaja lepasan sekolah yang miskin. Selain itu, beliau juga berjanji akan bersuara lantang tanpa terikat dengan sesiapa di dalam DUN berkenaan pelbagai isu melibatkan rakyat Kota Lama (khasnya) dan Kelantan (amnya).

Beliau tidak bermain dengan sebarang politik beretorik. Jauh sekali menjadi seorang reactionary. Sebab beliau seorang yang berprinsip. Apa2 yang melibatkan masyarakat, itulah yang akan menjadi keutamaannya. Ya, beliau dan kami memang miskin. Tidak kaya seperti calon-calon dari parti lain. Beliau juga tidak mempunyai sebarang pangkat dan nama keturunan yang boleh dijaja untuk menarik undi. Yang kami boleh lakukan hanya memberi khidmat secara terus dan berterusan kepada rakyat. Oleh itu, besarlah harapan kami supaya pengundi Kota Lama dapat memberi beliau peluang sekurang-kurangnya satu penggal untuk berada di Dewan Dun supaya beliau dapat berbakti dengan lebih kuat dan lebih tinggi lagi untuk rakyat. Kalau prestasi beliau untuk rakyat dan didalam Dun tidak bagus, maka rakyat berhak untuk tidak memilih beliau lagi pada pru seterusnya.

Sumber: Facebook