Ong Kian Ming
Dr Ong Kian Ming adalah ahli politik yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia kali pertama untuk P102 Serdang dalam Pilihan Raya Umum Mei 2013
Bertanding di kerusi

Kenyataan dan Janji
Biografi
Dr Ong Kian Ming telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Malaysia kali pertama untuk P102 Serdang dalam Pilihan Raya Umum Mei 2013. Beliau menyertai DAP pada tahun 2012 dan telah berkhidmat untuk DAP dalam pelbagai peranan, iaitu sebelum ini sebagai Strategis Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum 2013 dan kini sebagai Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan. Sebelum menjadi Ahli Parlimen, Dr. Ong merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Sains Dasar serta perunding serantau untuk Pusat Strategi Lautan Biru Serantau di UCSI University. Beliau juga pernah menjadi penganalisis dasar untuk SEDAR (Institut Pembangunan Ekonomi dan Penyelidikan Sosial) dan INSAP (Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar). Sebelum itu, beliau adalah seorang perunding untuk Boston Consulting Group di Kuala Lumpur. Dr. Ong adalah seorang Sarjana Fulbright dan turut memegang ijazah PhD dalam Sains Politik dari Duke University di Amerika Syarikat. Beliau juga memiliki Sarjana Ekonomi dari Cambridge University dan Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics.
Butiran Kenalan
- Office Email
- [email protected]
- Personal Email
- [email protected]
- Twitter Account
- Tweets by @sinarproject
- Service Centre Phone Number
- +603-8942-6381
- Mailing address
- No.3 Jalan 5/9f 46000 Petaling Jaya Selangor
CV
Bahan Kempen
Kriteria Senarai Hitam
Calon ini tidak ada sejarah kes korupsi, salah guna kuasa atau ucapan benci.
Maklumat Lanjut
Soalan Parlimen
Soalan parliment sebegai Wakil Rakyat Serdang
Cadangan Buku
“To Kill a Mockingbird” oleh Harper Lee; supaya semua Ahli Parlimen boleh meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan menghayati pengalaman orang lain…
Ini adalah maklumat yang diketahui setakat ini
Jika ada maklumat calon atau pembetulan boleh isi borang online ini atau sila hubungi kami melalui email [email protected] atau tweet dan tag @sinarproject dengan kerusi, nama calon.