Teh Yee Cheu 郑雨週

Bertanding di kerusi

Parti Sosialis Malaysia

Kenyataan dan Janji

Rumah untuk diduduki rakyat, bukan untuk keuntungan korporat

Manifesto

  1. Kembalikan pilihanraya kerajaan tempatan. Beri peluang kepada semua penduduk di negeri Pulau Pinang untuk memilih ahli majlis dan Datuk Bandar secara demokratik.
  2. Penubuhan Majlis Perundingan Rakyat di setiap lokaliti penduduk, untuk menggalakkan penglibatan rakyat setempat dalam proses politik atau proses membuat keputusan yang berkait rapat dengan kehidupan harian mereka. Rakyat perlu diberikan ruang demokrasi yang secukupnya untuk membincangkan masalah setempat, seperti banjir, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Setiap pembangunan atau keputusan penting perlu melalui proses perbincangan secara menyeluruh bersama penduduk setempat dan ditentukan melalui proses demokrasi yang bersifat keterlibatan (participatory democracy).
  3. Rumah selesa yang mampu diduduki untuk semua rakyat. Mencadangkan supaya mewujudkan Lembaga Perumahan Rakyat yang tidak bermotifkan keuntungan untuk membina rumah pertama untuk rakyat. Keluarkan pembekalan rumah pertama untuk rakyat daripada pasaran. Tambahkan rumah sewa murah yang selesa untuk golongan berpendapatan terendah.
  4. Pelan induk baru untuk menangani masalah banjir dan kesesakan lalulintas di kawasan Sungai Pinang secara khusus, dan kawasan Georgetown secara umumnya, untuk jangka masa panjang, termasuk penaiktarafan sistem saliran air buangan dan peningkatan sistem pengangkutan awam.
  5. Wujudkan lebih banyak kawasan “paru-paru hijau” (green lung) di Sungai Pinang, khususnya di kawasan pembuangan sampah Jelutong. Lindungi ekosistem rumput laut di Pulau Gazumbo.
  6. Menuntut jaminan kerja dengan gaji yang mampu sara hidup. Menjana ekonomi setempat yang mampan.
  7. Galakan untuk aktiviti budaya komuniti yang menekankan pada pembangunan intelek, kreaviti dan masyarakat sivil. Tubuhkan pusat budaya komuniti yang menjalan kursus-kursus seperti pendidikan seni budaya, muzik, melukis, kemahiran hidup, pemikiran kritis, pendidikan sepanjang umur, kesedaran sivik, pendidikan hak asasi manusia dan sebagainya.

 

Biografi

Tiada maklumat

Butiran Kenalan

Tiada maklumat

Facebook Page

CV

Tiada CV yang diketahui

Bahan Kempen

Kriteria Senarai Hitam

Calon ini tidak ada sejarah kes korupsi, salah guna kuasa atau ucapan benci.

Maklumat Lanjut


Ini adalah maklumat yang diketahui setakat ini

Jika ada maklumat calon atau pembetulan boleh isi borang online ini atau sila hubungi kami melalui email [email protected] atau tweet dan tag @sinarproject dengan kerusi, nama calon.