Gagal membayar nafkah

Didakwa gagal membayar tunggakan nafkah bernilai RM78,000 sejak 2011
No image

Seorang pemimpin PAS yang menjadi calon dalam PRU ke-14 ini berdepan kemungkinan dipenjara sebulan ekoran waran tangkap yang dikeluarkan sebuah mahkamah rendah syariah di Kelantan.

 

Melalui perintah yang dikeluarkan itu Wan Ismail Wan Jusoh didakwa gagal membayar tunggakan nafkah bernilai RM78,000 sejak 2011.

Nafkah itu sepatutnya dikeluarkan Wan Ismail untuk dua anaknya hasil pernikahan dengan seorang wanita Kemboja, Siti Aishah Chou Abdullah.

Peguam syarie yang bertindak bagi pihak Siti Aishah, Rosmah Mohd Zain, berkata waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.

Katanya saman penghutang penghakiman itu dikemukakan pada 4 Jan lalu supaya Wan Ismail - kini menjadi calon PAS untuk kerusi parlimen Ketereh - menjelaskan tunggakan berkenaan.

Kata Rosmah tunggakan yang dituntut Siti Aishah ialah dari Julai 2011 hingga Dis 2017 untuk dua anaknya yang kini berusia 13 dan 12 tahun.

Sumber: "Calon PAS Kelantan dapat waran tangkap, mungkin ke penjara", Malaysiakini, 6 Mei 2018

Settings
gagal-membayar-nafkah
Contents

There are currently no items in this folder.